Tuesday, November 26, 2013

Tips Menurunkan Berat Badan Berlebihan

Assalamualaikum. Semoga berdan dalam Rahmat dan Kasih Ilahi hendaknya.

Baju dah tak muat. Haaa tandanya apa? ehem ehem. Masa untuk bertindak!!! Bahaya tau jika terlalu banyak lemak dalam badan kita. Kenape???


Berat badan berlebihan !!!!



Berat  badan berlebihan mengundang pelbagai penyakit merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan stroke!!!! Bagaimana nak turunkan berat badan secara selamat

1) Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak secara . 

2) Banyakkan meminum air puteh. Kurangkan pengambilan air manis dan air bergas. Air bergas mengandungi kandungan gula yang tinggi.

3) Jangan makan makanan yang berat pada waktu malam. Seelok-eloknya makan sebelum solat maghrib. Makan sekurang-kurangnya 3jam sebelum anda tidur.

4) Makan dengan lebih kerap. Jangan makan terlalu banyak dalam sesuatu masa. Sebaliknya bahagikan portion makanan anda kepada beberapa hidangan yang lebih kecil. Lebih kerap kita makan lebih tinggi kadar metabolisme badan!!!  Langkah terbaik ialah makan 5-7 hidangan sederhana.

5) Jika anda lapar kurangkan makan nasi. Banyakkan makan sup , sayur-sayuran dan buah-buahan.

6) Bakar lemak-lemah dalam badan anda dengan melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola, berjogging, berkebun,  dan sebagainya

7) Lakukan senaman "situp" dan pushup pada waktu pagi dan petang selepas pulang dari kerja. Lakukan  sekuranya-kurangnya 20 set setiap kali

8) Kunyak makanan dengan lebih lama daripada biasa.  Ini akan membuatkan anda cepat kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan .

SELAMAT  MENCUBA TIPS INI. SEMOGA BERJAYA. HENDAK SERIBU DAYA ...




0 comments:

Post a Comment